Buang hanya masa, Ambil hanya gambar, Tinggal hanya jejak. Menjaga persekitaran alam sekitar adalah tanggungjawab semua. Adalah penting untuk memastikan sebarang tindakan kita tidak mengganggu habitat asal dan ekologi hutan. Aktiviti berkhemah adalah satu cara yang terbaik bagi menikmati aktiviti luar rumah, tetapi kita mesti memainkan peranan kita untuk memastikan kebersihan kawasan perkhemahan.
Adalah menjadi satu kekecewaan apabila kita sampai ke sesuatu kawasan yang sepatutnya indah, tetapi dipenuhi sampah sarap. Jika kita mahu flora dan fauna kekal ikutilah beberapa etika ini.
@ APA YG MASUK DIBAWA KELUAR.
Memastikan segala barang yang dibawa ketika masuk juga dibwa keluar. Segala alatan dan pakaian harus dipastikan tidak ditinggalkan di kawasan trekking.
@ MEMASTIKAN KAW PERJALANAN LEBIH BERSIH DARI MASA MENJUMPAINYA –Maknanya anda boleh menolong dgn mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh trekker yg lain semasa dalam perjalanan.
@ JGN MENEBANG/ MEMATAH/ MENGUTIP SEBARANG POKOK YG TERDAPAT DI KAW TREKKING – Tebang apabila terpaksa. Jgn duduk atau meletakkan beg galas di atas anak pokok.
@ JGN BUAT UNGGUN API SEKIRANYA TIDAK PERLU –
Bekas unggun api dan abu juga meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan. Jika terlalu banyak unggung api ini akan menyebabkan kaw perkhemahan tersebut menjadi tidak bersih lagi. Sebolehnya sekiranya ingin menghidupkan unggun api, hidupkannya di tapak unggun api yang lama atau yg telah digunakan. Ini akan mengelakkan pertambahan bilangan tapak unggun api.
@ TAPAK KHEMAH YG HAMPIR DGN SUNGAI, PUNCA AIR & LAIN2 –
Ianya adalah tidak baikapabila kita mencemarkan ia dengan penggunaan sabun, minyak, sisa-sisa makanan dan yang lebih teruk lagi hasil buangan manusia. Ini akan mengakibatkan sumber air berkenaan akan tercemar. Kalau boleh pastikan sabun dan bahan yg kita gunakan adalah mesra alam (biodegradable). Buang air kecil & besar jauh dari sumber air.
@ PASTIKAN TAHAP KEBISINGAN ADALAH DI TAHAP YG TERENDAH – Ini akan menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan, tidak mengganggu orang lain dan juga penghuni hutan. Bising apabila perlu sahaja.
@ IKUTI LALUAN ASAL –
Ini akam mempastikan anda selamat, jgn mengikut laluan yang tidak ditanda atau tidak diketahui dan pastikan anda tidak berseorangan ketika berada di dalam laluan perjalanan.
@ BELAJARLAH MEMBUANG HASIL PERKUMUHAN SEBAIKNYA –
Ini kerana membuang najis di merata-rata kawasan perjalanan boleh mengganggu orang lain. Cari kawasan yang agak jauh dari kawasan perkhemahan dan tidak dilalui oleh orang lain.
@ PASANG KHEMAH ANDA DI TEMPAT YG TELAH DISEDIAKAN – Sebolehnya di tapak khemahyang pernah digunakan.
Ada banyak lagi etika-etika yang boleh digunapakai ketika berada di dalam trekking. Jadi, mintalah nasihat dari mereka yang berpengalaman dan juga sentiasa mencari bahan rujukan yang lain.
Panduan berjalan di dalam hutan:
1.Berjalan secara berkumpulan.
2.Jangan bercakap besar.
3.Jangan memintas petunjuk jalan.
4.Jangan mengambil atau memetik tumbuhan di dalam hutan.
5.Jangan menganggu,mencedera atau membunuh binatang/haiwan di dalam hutan
6.Elakkan dari menyahut segala bunyi di dalam hutan.
7.Elakkan daripada berjalan di waktu malam.
8.Jangan banyak bercakap kerana boleh menyebabkan keletihan.
9.Jika berjalan di waktu malam,pastikan lampu suluh tidak di suluh merata tempat.
10.Jangan berhenti rehat di tengah jalan/trek (menghalang laluan).
11.Sentiasa mengikuti arahan pemandu jalan (guide).
12.Jangan minum terlalu banyak ketika berjalan.
No comments:
Post a Comment