Wednesday, June 25, 2008

Rahsia diri melalui percutian

PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.


GUNUNG-GANANG

Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.