Saturday, May 31, 2008

XPDC Trans-Titiwangsa V2 UMP 2008 Selesai!


Detik 1505h 19 Mei 2008, tamatlah sudah pendakian 4 puncak gunung tertinggi di semenanjung Malaysia iaitu Gunung Yong Belar (2181m), Gunung Gayong (2173m), Gunung Korbu (2183m) dan berakhir di Gunung Yong Yap (2169m). Program anjuran kelab T-Rex UMP berjaya mencapai matlamatnya yg bermula pada 12 Mei 2008 sehingga 20 Mei 2008. Berikut adalah catatan program:

Hari Pertama (12 Mei 2008)

  • 1800-0200 ~ Bas bergerak dr UMP ke Kg Raja, Cameron Highland.

Hari Kedua (13 Mei 2008)

  • Naik 4WD dr Kg Raja ke Blue Valley Dam, perjalanan 1 jam 15 minit
  • 0930-1330 ~ Pendakian bermula dari Blue Valley Dam ke Kem Tudung Periuk
  • 1400-1915 ~ Kem Tudung Periuk ke Kem Kasut (bermalam)

Hari Ketiga (14 Mei 2008)

  • 0945-1050 ~ Kem Kasut ke Puncak Gunung Yong Belar
  • Singgah di Kem Kuali utk mkn tengahari
  • 1400-1530 ~ Dr Kem Kuali ke Puncak H2O, berhenti krn serangan penyengat. Abg Ayeen mengubah haluan mendaki. Mangsa serangan penyengat; Apexx (5 sengatan), Coco (4 sengatan), Abg Ayeen, Makeen dan Ijat (masing2 1 sengatan)
  • 1615-1730 ~ Tiba di Puncak H20
  • 1740-1810 ~ Kem H20 (bermalam)

Hari Keempat (15 Mei 2008)

  • 0920-1230 ~ Dr Kem H20 ke Puncak Junction (mkn tghari)
  • 1315-1620 ~ Tiba di Kem Cerek (water point)
  • 1850-1935 ~ Bergerak dr Kem Cerek ke Puncak Gunung Gayong (bermalam)

Hari Kelima (16 Mei 2008)

  • 0900-1030 ~ Bergerak dr Gunung Gayong ke Gunung Korbu (tanpa haversack)
  • 1135-1245 ~ Dr Gunung Korbu ke Gunung Gayong
  • 1515-1700 ~ Bergerak dr Kem Cerek (mkn tghari) ke Puncak Junction (bermlm)

Hari Keenam (17 Mei 2008)

  • 0930-1320 ~ Puncak Junction ke Kem DGU (laluan sukar dan mencanak; jrg dilalui pendaki)
  • Sampai di Puncak View pkl 1720h
  • Tiba di Kem DGU pkl 1805h (bermalam)


Hari Ketujuh (18 Mei 2008)

  • 0930-1200 ~ Kem DGU ke Kem Kacang (mkn tghari)
  • 1330-1430 ~ Bergerak ke Puncak Tok Nenek (Table and Chair)
  • 1530-1645 ~ Dr Tok Nenek ke Kem Lopak Air (bermalam)

Hari Kelapan (19 Mei 2008)

  • 0930-1400 ~ Bergerak ke Gunung Bubu dan tiba di persimpangan Gunung Yong Yap
  • 1430-1500 ~ Tiba di Puncak Yong Yap
  • 1830-1920 ~ Dr Sg Y ke Kem Sg Rengin (seberang berbelas-belas sungai)

Hari Terakhir (20 Mei 2008)

  • 1000-1330 ~ Bergerak ke Sg Rengin (jalan rata; melalui perkampungan org asli)
  • 4WD tiba lewat pkl 1730h dan smpai di Kg Raja
  • Lepas Solat Magrib dan Isya’ bergerak pulang ke UMP

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pendaki2, tdk ada sebarang kemalangan yg serius sepanjang berekspedisi. Berkat doa dan latihan sebelum program, Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.

Thursday, May 8, 2008

XPDC Trans-Titiwangsa V2 UMP 2008



Alhamdulillah, kami panjatkan kesyukuran dia atas rahmat kurniaan Allah SWT. Peperiksaan akhir semester 2 sesi 2007/2008 telah pun berakhir, kini tumpuan beralih kepada program terbesar kelab rekreasi T-Rex tahun ni. Segala persiapan sebelum menjelangnya tarikh keramat 12 Mei 2008 disusun rapi. Fizikal dan mental, InsyaAllah di tahap terbaik setakat ni. Tinggal satu lagi latihan intensif dan larian sepanjang petang sebelum bergerak ke Cameron Hihgland. Bukit Sulai (333 meter) belakang UMP jadi taruhan pendaki2 melengkapkan persediaan pada saat2 akhir ni.


Program XPDC Trans Titiwangsa V2 UMP 2008 akan berlangsung selama 8 hari (dari 12 Mei - 20 Mei 2008). Rasanya, ni la xpdc yg paling lama & paling hardcore yg akan dilalui. Kalau mengikut fakta sahih, kami akan mendaki 13 gunung @ puncak yg tingginya antara 5 ribu ke 7 ribu kaki, start dari:-

  1. gunung Yong Yap 7113' -- gng ke 6 tertinggi di semenanjung
  2. gunung Bubu 6476'
  3. puncak Kayong 6250'
  4. gunung Tok Nenek 6248'
  5. puncak Bonsai Semak 6050'
  6. puncak View 5905'
  7. puncak Bonsai Tengah 6102'
  8. gunung Junction 6849'
  9. gunung Gayong 7129' -- gng ke 4 tertinggi
  10. gunung Korbu 7162 -- gng ke 2 tertinggi (selepas gng Tahan)
  11. gunung Yong Belar 7155' -- gng ke 3 tertinggi
  12. gunung Challi 6309'
  13. puncak Three Boundaries 5840'


Perjalanan trip kali ni akan bermula dari Blue Valley Dam, Cameron Pahang menuju ke Post Brooke, Gua Musang Kelantan. Ni map yang kami dapat dari laman web otai gunung.


*route xpdc Transtitiwangsa Version 2*


Seramai 20 pelajar akan menyahut cabaran kali ni, pecahan 16 lelaki, 4 perempuan. Latihan fizikal start dari awal sem lagi. Bermula drpd episod pemilihan sehinggalah kepada peringkat terakhir, 2o org dgn berani menyahut cabaran. Di harap peserta2 yg ada skrg ni memberi komitmen yg terbaik sepanjang berekspedisi. Yg paling penting betulkan niat anda mulai sekarang. Sebagai kata-kata waspada, ingatlah pesanan ini "Buang hanya masa, Ambil hanya gambar, Tinggal hanya jejak". Bersama-sama kita berdoa pendaki2 berada dlm keadaan selamat dan menyempurnakan xpdc dgn jayanya.

Wassalam...


Wednesday, May 7, 2008

Kasut Getah: Apa pandangan anda?


Salam Rekreasi…

Ramai yang tertanya-tanya, kasut mana yang sesuai untuk hiking kat gunung Malaysia ni kan. Tidak lain dan tidak bukan, Kasut Getah buatan asli hasil getah dari pokok getah kat Malaysia ni. Bukan bercakap mengenai jenama dan harganya, tapi tengok dari sudut aplikasi dan kesesuaian kasut ni dengan kasut dari barat yang gah kat kedai2 outdoor dan kedai2 sukan tu. Kasut getah ni biasanya dipakai pakcik2 dan makcik2 yang pi menoreh, pi kebun ngan turun bendang. Bab kualiti lak; kalis air dan tak la tergolek bila lalu kat batu2 licin. Buktinya, otai2 gunung memilih kasut getah sebagai pakaian rasmi semasa mendaki.



Kasut getah ni terbahagi kepada dua versi:

1. Kasut jenis sarung (macam dlm gambar; kasut ni dah tinggalkan tapak kat Gunung Nuang pasni V2 lak) yg terbaik setakat ni. Harga dia (RM4.50-6.00). Takdak tali, takdak stud, tapi tapak ok. Best masa guna mendaki di trek basah dan berbatu.

2. Jenis ikat ngan tali (RM 3.50-4.50) ada stud. Kasut ini akan membantu cengkaman di kala mendaki di trek tanah yg licin. Kasut ni kami tak berapa nak minat, tp ikut kesesuaian si pemakai la.

Setakat ni yg diketahui ada dua brand kasut getah; Bowling ngan cap Bintang (ada lambang PUMA). Dua2nya hasil buatan Malaysia. Jangan pandang sebelah mata barang keluaran Malaysia, buktinya getah Malaysia getah paling berkualiti kat serantau Asia ni. Tersahutlah juga sahutan kerajaan yang memerintah tuk beli barang buatan Malaysia ni.

Lepas ni pakat ramai-ramai pi cari kasut ni, tapi kat area Kuantan ni payah sikit nak cari yang pakai jenis sarung tu. Yg ada pun mcm kasut boot bola la mcm kat Cowboy jln Gambang-Kuantan, tp aritu tersempak la jugak masa kat pasar malam Jaya Gading yg mcm lam gmbar tu. Harga bkn main mahai lg.. huhu. Akhir kalam, pakailah barangan Malaysia dan jgn terpedaya dgn iklan Mat Saleh kat media arus perdana tu. Undilah KASUT GETAH!

ETIKA BEREKSPEDISI

Buang hanya masa, Ambil hanya gambar, Tinggal hanya jejak. Menjaga persekitaran alam sekitar adalah tanggungjawab semua. Adalah penting untuk memastikan sebarang tindakan kita tidak mengganggu habitat asal dan ekologi hutan. Aktiviti berkhemah adalah satu cara yang terbaik bagi menikmati aktiviti luar rumah, tetapi kita mesti memainkan peranan kita untuk memastikan kebersihan kawasan perkhemahan.

Adalah menjadi satu kekecewaan apabila kita sampai ke sesuatu kawasan yang sepatutnya indah, tetapi dipenuhi sampah sarap. Jika kita mahu flora dan fauna kekal ikutilah beberapa etika ini.

@ APA YG MASUK DIBAWA KELUAR.
Memastikan segala barang yang dibawa ketika masuk juga dibwa keluar. Segala alatan dan pakaian harus dipastikan tidak ditinggalkan di kawasan trekking.

@ MEMASTIKAN KAW PERJALANAN LEBIH BERSIH DARI MASA MENJUMPAINYA –Maknanya anda boleh menolong dgn mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh trekker yg lain semasa dalam perjalanan.

@ JGN MENEBANG/ MEMATAH/ MENGUTIP SEBARANG POKOK YG TERDAPAT DI KAW TREKKING – Tebang apabila terpaksa. Jgn duduk atau meletakkan beg galas di atas anak pokok.

@ JGN BUAT UNGGUN API SEKIRANYA TIDAK PERLU –
Bekas unggun api dan abu juga meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan. Jika terlalu banyak unggung api ini akan menyebabkan kaw perkhemahan tersebut menjadi tidak bersih lagi. Sebolehnya sekiranya ingin menghidupkan unggun api, hidupkannya di tapak unggun api yang lama atau yg telah digunakan. Ini akan mengelakkan pertambahan bilangan tapak unggun api.

@ TAPAK KHEMAH YG HAMPIR DGN SUNGAI, PUNCA AIR & LAIN2 –
Ianya adalah tidak baikapabila kita mencemarkan ia dengan penggunaan sabun, minyak, sisa-sisa makanan dan yang lebih teruk lagi hasil buangan manusia. Ini akan mengakibatkan sumber air berkenaan akan tercemar. Kalau boleh pastikan sabun dan bahan yg kita gunakan adalah mesra alam (biodegradable). Buang air kecil & besar jauh dari sumber air.

@ PASTIKAN TAHAP KEBISINGAN ADALAH DI TAHAP YG TERENDAH – Ini akan menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan, tidak mengganggu orang lain dan juga penghuni hutan. Bising apabila perlu sahaja.

@ IKUTI LALUAN ASAL –
Ini akam mempastikan anda selamat, jgn mengikut laluan yang tidak ditanda atau tidak diketahui dan pastikan anda tidak berseorangan ketika berada di dalam laluan perjalanan.

@ BELAJARLAH MEMBUANG HASIL PERKUMUHAN SEBAIKNYA –
Ini kerana membuang najis di merata-rata kawasan perjalanan boleh mengganggu orang lain. Cari kawasan yang agak jauh dari kawasan perkhemahan dan tidak dilalui oleh orang lain.

@ PASANG KHEMAH ANDA DI TEMPAT YG TELAH DISEDIAKAN – Sebolehnya di tapak khemahyang pernah digunakan.

Ada banyak lagi etika-etika yang boleh digunapakai ketika berada di dalam trekking. Jadi, mintalah nasihat dari mereka yang berpengalaman dan juga sentiasa mencari bahan rujukan yang lain.

Panduan berjalan di dalam hutan:

1.Berjalan secara berkumpulan.
2.Jangan bercakap besar.
3.Jangan memintas petunjuk jalan.
4.Jangan mengambil atau memetik tumbuhan di dalam hutan.
5.Jangan menganggu,mencedera atau membunuh binatang/haiwan di dalam hutan
6.Elakkan dari menyahut segala bunyi di dalam hutan.
7.Elakkan daripada berjalan di waktu malam.
8.Jangan banyak bercakap kerana boleh menyebabkan keletihan.
9.Jika berjalan di waktu malam,pastikan lampu suluh tidak di suluh merata tempat.
10.Jangan berhenti rehat di tengah jalan/trek (menghalang laluan).
11.Sentiasa mengikuti arahan pemandu jalan (guide).
12.Jangan minum terlalu banyak ketika berjalan.