Tuesday, May 19, 2009

XPDC Trans Graduasi Ulu Sepat-Chamah UMP 2009



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Tanggal 8 Mei 2009 (Jumaat) jam 13:40 pendaki dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) tiba di puncak terakhir puncak Chamah. Tahniah buat 8 daripada 29 peserta yang menamatkan G7 iaitu Epul, Tokwan, AB, Pidot, Atiq, Esma, Isma dan Ija. Buat Apexx, jangan bersedih kerana ada lagi peluang untuk Chamah-Ulu Sepat ni. Terima kasih buat Riop dan Eilen selaku guide barisan hadapan dan belakang. XPDC kali ini berjaya menawan puncak pertama, Ulu Sepat (2161 meter) dan puncak kedua Chamah (2171 meter). Berikut disertakan catatan peribadi buat kenangan di hari mendatang.

Hari Pertama, Sabtu (2 Mei 2009)

Pergerakan dengan menaiki bas dari UMP ke Kg Lasah, Sg Siput, Perak.

Hari Kedua, Ahad (3 Mei 2009)

09:00-16:00 ~ Naik Toyota Hilux dr Kg Lasah ke Kg Lerlar, Pos Kemar. Perjalanan 7 jam berikutan trek yang rosak akibat jalan basah. Perjalanan sebenar adalah 3 jam.
Perjalanan diteruskan berikutan hari semakin gelap, semua pendaki telah memasuki kawasan trekking untuk bermalam. Camp site di tempat yang lapang untuk bermalam.

Hari Ketiga, Isnin (4 Mei 2009)

Trekking bermula pada jam 10:15, pendakian berhenti hingga ke petang beikutan jalan yang kami lalui telah lama tidak digunakan. Guide Riop telah membuka jalan off trek untuk ke camp site. Bermula jam 16:00 membawa ke jam 20:15, pendakian terpaksa diteruskan berikutan masa yang diambil di kawasan sungai. Trek mencanak tapi semua pendaki berada dalam keadaan terkawal.

Hari Keempat, Selasa (5 Mei 2009)

10:50 ~ Bergerak dari camp site. Kami telah kekurangan sumber air, tiba di kawasan lembah jam 14:00 dan seterusnya mencari woter point berdasarkan bunyian burung sedang berkicauan. Usaha kami tidak sia-sia, kami telah menjumpai pokok-pokok pisang dan seterusnya air yang mengalir keluar. Semua pendaki menyiapkan makan tengahari dan seterusnya solat jamak serta qasar.
16:30 ~ Trekking semula dan berhenti agak lama untuk mengenalpasti trek. Sebenarnya trek yang kami lalui menuju ke puncak Ulu Sepat. Riop mengambil kata sepakat dari kami semua untuk ke puncak Ulu Sepat dahulu. Berdasarkan perjalanan dua hari sebelumnya tidak menemui kem yang sepatutnya kami berhenti sepanjang perjalanan ke puncak Chamah.
18:45 ~ Bermalam di puncak Ulu Sepat yang dingin. Menyiapkan makan malam dahulu dan berbual kosong sebelum semuanya berehat dan tidur.



Hari Kelima, Rabu (6 Mei 2009)

11:10-13:20 ~ Menuruni puncak Ulu Sepat menuju ke kem Sg Lepir untuk makan tengahari.
15:00-18:45 ~ Bertolak dari Sg Lepir ke kem Junction di sempadan Perak dan Kelantan.

Hari Keenam, Khamis (7 Mei 2009)

10:35-11:20 ~ Bertolak dari kem Junction ke kem Maggi.
12:00 ~ Sampai ke kem Katak.
13:30-14:40 ~ Tiba di sungai besar untuk solat dan makan tengahari. Selepas itu melintasi titi balak untuk menyeberangi sungai.
Merentasi kawasan lapang dan hutan resam yang panjang untuk ke perkampungan orang asli Sungai Rekom. Jam 18:00 tiba di kawasan kebun orang asli dan seterusnya kawasan balak dekat dengan kampung Sg Rekom.
18:30-19:50 ~ Trekking dari kampung Sg Rekom ke kem Tengah.
20:05-22:50 ~ Teruskan perjalanan sehingga ke kem Tongkat Ali. Makan malam, berehat dan tidur.

Hari Ketujuh, Jumaat (8 Mei 2009)

10:35 ~ Pendakian dari kem Tongkat Ali ke puncak Chamah. Trek mencanak tapi best melalui 7 puncak sebelum ke puncak sebenar. Puncak pertama ditakluk pada jam 12:35, berehat sebentar 5 minit sebelum meneruskan perjalanan.
13:40 ~ Pendaki pertama sampai ke puncak Chamah diikuti 28 orang di belakang.
15:00-17:30 ~ Turun dari puncak Chamah ke kem Tongkat Ali. Hujan lebat separuh perjalanan semasa balik.
21:05-22:00 ~ Sambung perjalanan dengan haversack ke kem Tengah.
22:05-11:05 ~ Trekking semula dari kem Tengah ke kem Bawah.
00:20 ~ Sampai ke kampung Sg Rekom dan bermalam di situ.

Hari Kelapan, Sabtu (9 Mei 2009)

10:15-14:00 ~ Dari kg Sg Rekom melalui jalan balak selama 4 jam.
16:15-18:50 ~ Tumpang lori dari perkampungan orang asli ke Ladang Betis, Gua Musang.


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pendaki-pendaki, tidak ada sebarang kemalangan yg serius sepanjang berekspedisi. Berkat doa dan latihan sebelum program, Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.

Wednesday, June 25, 2008

Rahsia diri melalui percutian

PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.


GUNUNG-GANANG

Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.

Saturday, May 31, 2008

XPDC Trans-Titiwangsa V2 UMP 2008 Selesai!


Detik 1505h 19 Mei 2008, tamatlah sudah pendakian 4 puncak gunung tertinggi di semenanjung Malaysia iaitu Gunung Yong Belar (2181m), Gunung Gayong (2173m), Gunung Korbu (2183m) dan berakhir di Gunung Yong Yap (2169m). Program anjuran kelab T-Rex UMP berjaya mencapai matlamatnya yg bermula pada 12 Mei 2008 sehingga 20 Mei 2008. Berikut adalah catatan program:

Hari Pertama (12 Mei 2008)

  • 1800-0200 ~ Bas bergerak dr UMP ke Kg Raja, Cameron Highland.

Hari Kedua (13 Mei 2008)

  • Naik 4WD dr Kg Raja ke Blue Valley Dam, perjalanan 1 jam 15 minit
  • 0930-1330 ~ Pendakian bermula dari Blue Valley Dam ke Kem Tudung Periuk
  • 1400-1915 ~ Kem Tudung Periuk ke Kem Kasut (bermalam)

Hari Ketiga (14 Mei 2008)

  • 0945-1050 ~ Kem Kasut ke Puncak Gunung Yong Belar
  • Singgah di Kem Kuali utk mkn tengahari
  • 1400-1530 ~ Dr Kem Kuali ke Puncak H2O, berhenti krn serangan penyengat. Abg Ayeen mengubah haluan mendaki. Mangsa serangan penyengat; Apexx (5 sengatan), Coco (4 sengatan), Abg Ayeen, Makeen dan Ijat (masing2 1 sengatan)
  • 1615-1730 ~ Tiba di Puncak H20
  • 1740-1810 ~ Kem H20 (bermalam)

Hari Keempat (15 Mei 2008)

  • 0920-1230 ~ Dr Kem H20 ke Puncak Junction (mkn tghari)
  • 1315-1620 ~ Tiba di Kem Cerek (water point)
  • 1850-1935 ~ Bergerak dr Kem Cerek ke Puncak Gunung Gayong (bermalam)

Hari Kelima (16 Mei 2008)

  • 0900-1030 ~ Bergerak dr Gunung Gayong ke Gunung Korbu (tanpa haversack)
  • 1135-1245 ~ Dr Gunung Korbu ke Gunung Gayong
  • 1515-1700 ~ Bergerak dr Kem Cerek (mkn tghari) ke Puncak Junction (bermlm)

Hari Keenam (17 Mei 2008)

  • 0930-1320 ~ Puncak Junction ke Kem DGU (laluan sukar dan mencanak; jrg dilalui pendaki)
  • Sampai di Puncak View pkl 1720h
  • Tiba di Kem DGU pkl 1805h (bermalam)


Hari Ketujuh (18 Mei 2008)

  • 0930-1200 ~ Kem DGU ke Kem Kacang (mkn tghari)
  • 1330-1430 ~ Bergerak ke Puncak Tok Nenek (Table and Chair)
  • 1530-1645 ~ Dr Tok Nenek ke Kem Lopak Air (bermalam)

Hari Kelapan (19 Mei 2008)

  • 0930-1400 ~ Bergerak ke Gunung Bubu dan tiba di persimpangan Gunung Yong Yap
  • 1430-1500 ~ Tiba di Puncak Yong Yap
  • 1830-1920 ~ Dr Sg Y ke Kem Sg Rengin (seberang berbelas-belas sungai)

Hari Terakhir (20 Mei 2008)

  • 1000-1330 ~ Bergerak ke Sg Rengin (jalan rata; melalui perkampungan org asli)
  • 4WD tiba lewat pkl 1730h dan smpai di Kg Raja
  • Lepas Solat Magrib dan Isya’ bergerak pulang ke UMP

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pendaki2, tdk ada sebarang kemalangan yg serius sepanjang berekspedisi. Berkat doa dan latihan sebelum program, Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.