Sunday, October 12, 2014

Dah bersawang rupanya blog ni...hihihi

Alhamdulillah, setelah sekian lama pada 12/10/2014 blog ni kembali beraksi.

Friday, June 12, 2009

Pantai Kerachut! di sini aku datang

Destinasi: Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, Telok Bahang


Tema: Backpackers Team


Misi: Mengubat kekecewaan


Tempoh: 4 hari 3 malam


Anggota: 7 orang


Perjalanan pergi: Naik keretapi dari Ipoh ke Butterworth, naik feri dari jeti ke bahagian pulau, jalan kaki ke Komtar, naik bas dari Komtar ke Telok Bahang, sampai di Taman Negara jalan kaki (trekking) ke Pantai Kerachut


Perjalanan balik: Trekking dari Pantai Kerachut ke pintu gerbang Taman Negara, naik bas dari Telok Bahang ke Jeti, naik feri dan sampai ke stesen keretapi Butterworth menuju ke KL Sentral.


Aktiviti: Trekking, memasak, memancing, mandi laut, melompat di jeti, bermain bola tennis (curi orang punya, pastu bagi balik), melihat matahari terbenam (cantik woo..) dan mandi di Sungai Tukun




Naik feri pi jeti....


Letih..tunggu feri


Trekking masuk ke Pantai Kerachut


Sepetang di jeti...


Aktiviti melompat di atas jeti


Berehat ataih boya...




Memancing ala kadar je...


Mandi laut tp awas! obor2...


Matahari dah terbenam...



Pintu masuk taman negara


Check it out!



Masjid kapitan keling




Kami naik ketapi ni la..adeh...

Tuesday, May 19, 2009

XPDC Trans Graduasi Ulu Sepat-Chamah UMP 2009



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Tanggal 8 Mei 2009 (Jumaat) jam 13:40 pendaki dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) tiba di puncak terakhir puncak Chamah. Tahniah buat 8 daripada 29 peserta yang menamatkan G7 iaitu Epul, Tokwan, AB, Pidot, Atiq, Esma, Isma dan Ija. Buat Apexx, jangan bersedih kerana ada lagi peluang untuk Chamah-Ulu Sepat ni. Terima kasih buat Riop dan Eilen selaku guide barisan hadapan dan belakang. XPDC kali ini berjaya menawan puncak pertama, Ulu Sepat (2161 meter) dan puncak kedua Chamah (2171 meter). Berikut disertakan catatan peribadi buat kenangan di hari mendatang.

Hari Pertama, Sabtu (2 Mei 2009)

Pergerakan dengan menaiki bas dari UMP ke Kg Lasah, Sg Siput, Perak.

Hari Kedua, Ahad (3 Mei 2009)

09:00-16:00 ~ Naik Toyota Hilux dr Kg Lasah ke Kg Lerlar, Pos Kemar. Perjalanan 7 jam berikutan trek yang rosak akibat jalan basah. Perjalanan sebenar adalah 3 jam.
Perjalanan diteruskan berikutan hari semakin gelap, semua pendaki telah memasuki kawasan trekking untuk bermalam. Camp site di tempat yang lapang untuk bermalam.

Hari Ketiga, Isnin (4 Mei 2009)

Trekking bermula pada jam 10:15, pendakian berhenti hingga ke petang beikutan jalan yang kami lalui telah lama tidak digunakan. Guide Riop telah membuka jalan off trek untuk ke camp site. Bermula jam 16:00 membawa ke jam 20:15, pendakian terpaksa diteruskan berikutan masa yang diambil di kawasan sungai. Trek mencanak tapi semua pendaki berada dalam keadaan terkawal.

Hari Keempat, Selasa (5 Mei 2009)

10:50 ~ Bergerak dari camp site. Kami telah kekurangan sumber air, tiba di kawasan lembah jam 14:00 dan seterusnya mencari woter point berdasarkan bunyian burung sedang berkicauan. Usaha kami tidak sia-sia, kami telah menjumpai pokok-pokok pisang dan seterusnya air yang mengalir keluar. Semua pendaki menyiapkan makan tengahari dan seterusnya solat jamak serta qasar.
16:30 ~ Trekking semula dan berhenti agak lama untuk mengenalpasti trek. Sebenarnya trek yang kami lalui menuju ke puncak Ulu Sepat. Riop mengambil kata sepakat dari kami semua untuk ke puncak Ulu Sepat dahulu. Berdasarkan perjalanan dua hari sebelumnya tidak menemui kem yang sepatutnya kami berhenti sepanjang perjalanan ke puncak Chamah.
18:45 ~ Bermalam di puncak Ulu Sepat yang dingin. Menyiapkan makan malam dahulu dan berbual kosong sebelum semuanya berehat dan tidur.



Hari Kelima, Rabu (6 Mei 2009)

11:10-13:20 ~ Menuruni puncak Ulu Sepat menuju ke kem Sg Lepir untuk makan tengahari.
15:00-18:45 ~ Bertolak dari Sg Lepir ke kem Junction di sempadan Perak dan Kelantan.

Hari Keenam, Khamis (7 Mei 2009)

10:35-11:20 ~ Bertolak dari kem Junction ke kem Maggi.
12:00 ~ Sampai ke kem Katak.
13:30-14:40 ~ Tiba di sungai besar untuk solat dan makan tengahari. Selepas itu melintasi titi balak untuk menyeberangi sungai.
Merentasi kawasan lapang dan hutan resam yang panjang untuk ke perkampungan orang asli Sungai Rekom. Jam 18:00 tiba di kawasan kebun orang asli dan seterusnya kawasan balak dekat dengan kampung Sg Rekom.
18:30-19:50 ~ Trekking dari kampung Sg Rekom ke kem Tengah.
20:05-22:50 ~ Teruskan perjalanan sehingga ke kem Tongkat Ali. Makan malam, berehat dan tidur.

Hari Ketujuh, Jumaat (8 Mei 2009)

10:35 ~ Pendakian dari kem Tongkat Ali ke puncak Chamah. Trek mencanak tapi best melalui 7 puncak sebelum ke puncak sebenar. Puncak pertama ditakluk pada jam 12:35, berehat sebentar 5 minit sebelum meneruskan perjalanan.
13:40 ~ Pendaki pertama sampai ke puncak Chamah diikuti 28 orang di belakang.
15:00-17:30 ~ Turun dari puncak Chamah ke kem Tongkat Ali. Hujan lebat separuh perjalanan semasa balik.
21:05-22:00 ~ Sambung perjalanan dengan haversack ke kem Tengah.
22:05-11:05 ~ Trekking semula dari kem Tengah ke kem Bawah.
00:20 ~ Sampai ke kampung Sg Rekom dan bermalam di situ.

Hari Kelapan, Sabtu (9 Mei 2009)

10:15-14:00 ~ Dari kg Sg Rekom melalui jalan balak selama 4 jam.
16:15-18:50 ~ Tumpang lori dari perkampungan orang asli ke Ladang Betis, Gua Musang.


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pendaki-pendaki, tidak ada sebarang kemalangan yg serius sepanjang berekspedisi. Berkat doa dan latihan sebelum program, Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.